Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi memuji pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini.
Beliau yang tiba pada pukul 8 pagi tadi untuk melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Besout 5 bagi melihat proses pembuangan undi menyatakan rasa puas hati melihat semua peti undi dijaga dengan baik oleh badan pelaksana pilihan raya berkenaan.