KUALA LUMPUR – Kemenangan calon UMNO, Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Slim membuktikan kesepakatan parti Bersatu, UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, ia mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.
“Kemenangan ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan Mohd Zaidi dengan majoriti yang besar.
Pada PRK Slim semalam, Mohd Zaidi yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim menang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi.
Dua pencabarnya dari bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanahair yang dalam proses pendaftaran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad memperoleh 2,115 undi manakala S. Santharasekaran, 44, mendapat 276 undi hilang wang deposit.
Muhyiddin berharap Mohd Zaidi dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera pilihan raya yang membantu kemenangan calon BN itu. – MalaysiaGazette
Kesepakatan apa. BERSATU tu ibarat dedalu saja atau melukut tepi gantang saja..