Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelantikan muka-muka baru yang akan menganggotai Jawatankuasa Teknikal Syarak dan Sivil akan dimuktamadkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Ujarnya, ianya bakal selesai dengan perbincangan yang akan diadakan dengan anggota baru yang bakal menyertai jawatankuasa berhubung beberapa perkara termasuk agenda yang akan dibawa.