O.S.Manian kuarantin diri sejak 7 hari lalu selepas dikesan positif Covid-19 semasa upacara perkabungan kematian isterinya minggu lalu di Chennai.

TAMIL NAADU – Menteri Tekstil, O.S. Manian dikuarantin pada Selasa lalu selepas salah seorang saudara yang melawat beliau baru-baru ini dikesan positif Covid-19.

Individu yang dijangkiti virus itu merupakan antara orang yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada isteri Manian yang meninggal dunia di Chennai pada minggu lalu.

“Saya telah kuarantin kendiri sejak seminggu lalu di kediaman saya di Oradiampulam.

“Saya merayu orang ramai supaya tolong jangan menziarah saya untuk merakamkan takziah selepas ini,” kata Manian kepada The Hindu.

Beliau juga mendesak semua pihak yang merupakan kontak rapat yang hadirf pada upacara pengkebumian mayat isterinya supaya menjalani ujian saringan Covid-19. – MalaysiaGazette