Pembentangan pakej rangsangan yang meliputi usaha memastikan kesejahteraan rakyat bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’ sebenarnya melihat satu perubahan penting dalam semangat dan prinsip kerajaan dari menekankan prinsip ‘Pasaran Bebas’ dan ‘Kebebasan Perniagaan’ yang diamalkan di bawah model ‘Anglo-Saxon’ kepada sistem di bawah ‘Model Sosial Eropah’.
Penganalisis Ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, jika arah itu berterusan, ia memberi prospek kepada kewujudan sebuah kerajaan yang menekankan kepada kesejahteraan rakyat secara melata berbanding dengan prinsip memacu pembangunan ekonomi yang pesat.