Rakitic meninggalkan Nou Camp dan kembali semula ke kelab asal Sevilla dengan menandatangani Kontrak empat tahun hari ini.

LONDON – Sevilla membeli semula perancang tengah antarabangsa Croatia Ivan Rakitic daripada pasukan La Liga, Barcelona.

Juara Liga Eropah itu berkata, Rakitic telah menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi dengan Sevilla antara 2011 hingga Jun 2014 sebelum menyertai the Catalans di Nou Camp.

Bersama Barcelona, dia telah menjulang sebanyak 13 piala termasuk empat gelaran La Liga Sepanyol dan satu piala Liga Juara-Juara Eropah.

Barcelona dalam kenyataan rasmi kelab berkata, Sevilla akan membayar mereka 1.5 juta Euro untuk pemain itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast