Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini merupakan satu keputusan tepat dalam usaha memupuk kelestarian perpaduan dan integrasi dengan lebih sempurna.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, perpaduan negara dan integrasi nasional merupakan persoalan yang sangat rumit dan sulit.