Abu Kassim mencadangkan supaya pegawai kerajaan di lantik membarisi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya di ketuai oleh ahli politik. (active politicians).
Malah kata beliau, sememangnya insiatif untuk tidak melantik ahli politik aktif ke dalam GLC sudah ada dalam NACP ketika ianya di lancarkan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
“Ianya masih lagi di amalkan malah saya sudah beritahu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah bersetuju yang di lantik ke dalam GLC itu sepatutnya lebih profesional dan memiliki integriti tinggi.