KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 1 sen seliter manakala harga diesel kekal bagi tempoh 5 September hingga 11 September ini.

Petrol RON95 dijual pada harga RM1.71 seliter, RON97 diniagakan pada harga RM2.01 seliter dan harga diesel kekal pada RM1.78 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette