Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan perobohan rumah rakyat yang dibina di atas tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran, umpama tindakan untuk menghapuskan orang Melayu miskin yang tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Saban hari, rakyat dihidangkan dengan tindakan rakus pihak berkuasa tempatan bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor meroboh rumah atau penempatan setinggan yang didiami penduduk sejak berpuluh tahun, demi pentingkan pembangunan.

Ketua Penerangan BN negeri, Isham Jalil berkata, hasil dari penelitiannya, rakyat membina rumah setinggan kerana mereka tidak mampu membeli kediaman sendiri yang harganya terlalu mahal.

“Bahkan, bilangan rumah mampu milik pula sangat sedikit dibina dan pembinaannya pula diabaikan.

“Sebab itu pembinaan rumah atas tanah rizab kerajaan atau rumah setinggan akan terus berlaku, kerana ini merupakan desakan hidup rakyat miskin yang memerlukan kediaman,” katanya hari ini.

Beliau mengulas nasib yang menimpa 19 penduduk di Desa Subang Perantau semalam, yang dirobohkan pihak berkuasa selepas kerajaan Selangor memutuskan lot tanah itu terlibat dengan projek melencongkan Sungai Pelempas.

Kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu bermula jam 7 pagi dan penduduk menganggap tindakan itu sebagai satu kezaliman serta penganiayaan terhadap mereka yang mendiami kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Isham bagaimanapun, tidak menyalahkan semuanya kepada rakyat, sebaliknya melihat kejadian itu sebagai suatu tragedi yang malang.

Ujar beliau, harga rumah di Selangor melambung tinggi sejak tahun 2008, apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menaikkan cukai berkaitan perumahan dan pembangunan sehingga lebih 300 peratus.

“Kita lihat, kerajaan negeri lebih mengutamakan projek perumahan kos tinggi dan mewah berbanding perumahan mampu milik.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008, Pakatan Rakyat (PR) ketika itu telah menjanjikan pembinaan sebanyak 150,000 rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.

“Namun, selepas menang PRU dan mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri sehingga tahun 2018, hanya kurang 5,000 rumah mampu milik (Selangorku) yang telah disiapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Apa nak buat…rakyat selangor yg pilih kerajaan. Kena setia dengan kerajaan yg kamu pilih . . Nanti dekat2 nak pru15 dapat rumah kot

  2. Di Selangor kerajaan merobohkan rumah PENCEROBOH tanah2 kerajaan tanpa bicara. Hal yang sama wajib dilakukan dengan segera kepada PENCEROBOH2 tanah kerajaan di Pahang!

    Rakyat hanya mahukan undang2 yang adil!

  3. Belum campur dgn faedah pinjaman lagi..ada pemimpin pun cbuk dgn jawatan …poket sendiri.. bagi sedikit pertolongan publisiti saja lebih surat khabar..tv ..media sosial..

Comments are closed.