Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas ahli politik tertentu sebagai hipokrit kerana menyeru penutupan sekolah vernakular, tetapi sendiri menghantar anak ke sekolah swasta yang mengenakan yuran mahal.

Syed Saddiq yang mahu menubuhkan parti untuk belia berkata, kenyataan untuk menamatkan persekolahan pelbagai aliran tidak melambangkan semangat Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia adalah terkenal dengan nilai kesederhanaan dan keseimbangan yang ada dalam negara harus dikekalkan.

“Jika sekolah Cina diharamkan, maka pihak berkenaan juga akan bertanya tentang sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah swasta,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, orang ramai suka mengelakkan isu sekolah swasta walaupun membangkitkan perbincangan mengenai sekolah pelbagai aliran di Malaysia.

“Kenapa tidak bertanya kepada orang politik yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta yang mengenakan yuran bulanan yang sangat mahal.

“Orang-orang ini pula bercakap mahu menghapuskan sekolah vernakular, ini adalah hipokrit,” katanya.

Syed Saddiq berkata, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah menghantar anaknya untuk belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

“Oleh itu, ia adalah pelik apabila UMNO dan Bersatu berkata mahu melarang sekolah pelbagai aliran.

“Jangan lupa tentang Rukun Negara dan Perlembagaan Negara,” katanya.

Beliau berkata, daripada melarang sekolah tertentu, isu yang perlu diutamakan adalah kualiti pendidikan sendiri.

“Kami tidak perlu melarang sekolah swasta atau sekolah agama, tetapi yang penting adalah meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya ia menjadi pilihan utama semua orang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Selagi kerjaan pemerintah tidak tgas kpd satu2 kputusan, slgi itu lh perkara ini tidak akn selesai..sekiranya pihk krjaan tegas dlm isu skolh pelbagai aliran itu, nescaya skolh satu aliran dpt di wujud kn dgn jaya nya..yg ptg skrg smua hal terletak di tgn krjaan..yg ptg pihak krjaan kena tgas Dlm isu ini..tidk terlalu mgikut telunjuk kaum menoriti, biar kaum menoriti ikut kata dn arahan drpd kaum asal ngra ini dmi kebaikkan bersama..sy nascaya phk krjaan sidah smpai masa nya utk bertegas dgn pihk2 yg hnya membela satu kaum shja, demi utk kaum nya shja.

  2. Terdapt kecenderungan dlm pemikiran sesetgh melayu konservatif jumud aliran islam garis keras takfiri wahhabi yg taksub arabnisasi otak sempit ini berkeras memperthankn hujah dangkal bhwa sesungguhnya ‘masyarakat minoriti perlu meminta ‘restu kpd majoriti dlm semua perkara utk bngsa agama mereka dan sesungguhnya majoriti sentiasa benar dlm semua hal..

Comments are closed.