LONDON – Everton melengkapkan perpindahan James Rodriguez dari Real Madrid semalam dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan membayar £22 juta (RM120.42 juta)

Pemain berusia 29 tahun kini akan kembali bekerjasama dengan pengurus, Carlo Ancelotti buat kali ketiga.

Penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 itu pernah memukau dengan aksi hebat yang menyebabkan perpindahannya bernilai €80 juta (RM393.22 juta) ke Madrid enam tahun lalu.

Dia juga menyerlah pada musim pertama di bawah kendalian Ancelotti dekat ibu kota Sepanyol itu.

Bagaimanapun pemain itu gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah Zinedine Zidane sepanjang dua tahun di sana.

Prestasinya merudum pada dua musim dipinjamkan ke Bayern Munich antara 2017 dan 2019.

Rodriguez menjadi pemain kedua ditandatangani Everton pada fasa perpindahan selepas kehadiran pemain antarabangsa Brazil, Allan daripada Napoli.

Pemain itu percaya akan ada masa depan cerah bersama Toffees walaupun kelab itu hanya menamatkan Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga ke-12. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast