KOTA KINABALU – Semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) diingatkan untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan perkara itu pada majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Parti Sabah yang berlangsung hari ini.
“Kita kena bersatu dalam semua 73 kawasan, kita harap menang dan berjaya itu mesej utamanya,” katanya.
Mengulas lanjut, Hajiji berharap masalah pertembungan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan selesai hari ini sebelum penamaan calon esok.
Tambahnya, rundingan akan dijalankan agar dapat memuktamadkan keputusan dengan segera.
“Tidak banyak pun pertembungan kerusi, mudah-mudahan kita dapat selesaikan hari ini, bagilah masa.
“Selepas ini kita akan bincangkan dalam pertemuan. Kita bincang dulu, mudah-mudahan ada keputusan baik,” jelasnya.
Semalam, BN mengumumkan bertanding di 29 kerusi, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) lapan kerusi manakala Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SAPP) dua kerusi. – MalaysiaGazette