Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (dua kiri), Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee (kiri) serta yang lain pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Pimpinan Parti Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di  Magellan Sutera Resort bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Kepimpinan parti Sabah.

Beliau yang tiba pada pukul 10.35 pagi diiringi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Badan Pimpinan Negeri parti berkenaan Sabah Datuk Hajiji Noor .

Terdahulu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan selain Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berada di resort tersebut.

Barisan kepimpinan parti-parti politik Sabah yang turut kelihatan adalah Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Jefrey Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee selaku Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar (kanan) beramah mesra dengan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor (dua kiri) serta yang lain ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Pimpinan Parti Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2020.

Manakala Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tiba di saat-saat akhir sebelum perjumpaan bermula.

BN semalam mengumumkan bertanding di 31 kerusi DUN Sabah.

Manakala Perikatan Nasional (PN) yang diwakili STAR, SAPP bertanding 29 kerusi.

Daripda 29 kerusi berkenaan dilihat satu kerusi bertindih dengan BN iaitu DUN Paginatan manakala dua bertembung dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu di Sook dan Tulid.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast