KUALA LUMPUR – ”Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” kata Tan Sri Musa Aman.
Mesej pendek itu disampaikan menerusi akaun Twitter beliau.
Musa terus menjadi misteri hari ini apabila kelibatnya tidak kelihatan sehingga tempoh penamaan calon berakhir di Dewan Serbaguna Libaran.
Ini kerana beliau dijangka bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.
Pada 9 September lalu, Musa menerusi ciapannya berkata: ”Saya akan kembali ke Sungai Manila”.
Ia adalah kerusi baharu dalam Parlimen Libaran.
Beliau adalah penyandang bagi kerusi DUN Sungai Sibuga. – MalaysiaGazette