Kante bukan untuk dijual, dia adalah asas kepada pasukan Chelsea kata Lampard.

LONDON – Chelsea membidas dakwaan bahawa N’Golo Kante akan meninggalkan Stamford Bridge dalam masa terdekat.

Pengurusnya, Frank Lampard berkata, pemain Perancis itu akan kekal bersama the Blues di London.

Menurut Lampard, Kante adalah tulang belakang pasukan itu dan tidak akan dijual.

“Kononnya Kante mahu tinggalkan pasukan kami. Dia asas pembangunan pasukan ini dan bukannya untuk dijual, the Blues tidak mempunyai niat itu pada bila-bila sekali pun,” katanya.

Inter Milan antara kelab elit Eropah yang dikaitkan dengan Kante.

Chelsea didakwa mahu menjual pemain itu untuk mendapatkan dana bagi membeli penggantinya, Declan Rice.

“Saya rasa hampir semua kelab di dunia ini mahukan Kante dan pernah membaca segala laporan dan khabar angin yang dikaitkan dengan pemain itu.

“Perlu akui dia pemain luar biasa dan perancang utama pasukan kami. Sudah pasti kamu tidak sanggup kehilangannya kerana dia merupakan asas kukuh pasukan ini.

“Musim lalu agak malang untuk dia kerana dilanda kecederaan. Kini dia kelihatan cergas dan bersedia berdepan musim baharu EPL.

“Sudah pasti saya mahu simpan dia, kelab lain jangan bermimpi untuk dapatkan dia,” kata Lampard. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast