13 GRO wanita Vietnam antara 19 warga asing yang ditahan dan 31 warga tempatan dikompaun ingkar PKPP berjoli di pusat hiburan haram di Kuchai Lama dalam serbuan polis awal pagi ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan 13 wanita warga Vietnam disyaki bekerja sebagai pelayan Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuchai Lama, di sini awal pagi ini.

Turut ditahan semasa operasi itu, lima lelaki warga Vietnam dalam oeprasi yang dilakukan oleh anggota polis Task Force beribupejabat Brickfields pada pukul 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @Hilmi berkata, hasilnya polis menahan seorang perempuan berusia 44 tahun dipercayai pengurus premis itu dan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Siasatan lanjut juga mendapati premis berkenaan dibuka dan beroperasi tanpa lesen perniagaan sah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, polis turut menahan 20 lelaki dan sembilan wanita warga tempatan dipercyai pengunjung premis itu.

“Mereka berada di dalam premis itu melebihi masa yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warga asing dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Sesyen 4 Akta hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 dan Peraturan 11, Pencegan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (No.7) 2020,” katanya.

Zairulnizam berkata, kesemua suspek warga asing berumur antara 18 hingga 41 tahun itu ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini hingga 25 September untuk siasatan lanjut sementara menunggu laporan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

“Manakala 31 orang warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang merupakan pelanggan pusat hiburan haram itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Peringatan untuk pemilik premis perniagaan pub atau bar untuk tida menggaji pekerja asing yang tiada dokumen atau permit sah akan dikenakan tindakan tegas.

“Malah tindakan tegas juga akan menyusul kepada pemilik yang tidak memiliki lesen perniagaan sah,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast