Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SEMPORNA – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sah menentang anak buahnya, Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna, Norazman Utoh Nain.

Selain Shafie dan Norazman, DUN Senallang turut ditandingi calon daripada Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Mohammad Ramzan Abdul Wahab dan calon Parti Cinta Sabah, Madjalis Lais manakala daripada Parti Peraduan Rakyat Sabah (PPRS), Datuk Pengeran Ahmad Datuk Ali Alam.

Maka dengan itu, DUN Senallang iaitu N65 ditandingi lima penjuru antara Warisan, Bersatu, USNO, PCS, dan PPRS.

Perkara itu disahkan pengawai pilihan raya bagi DUN Senallang, Benedict Asmat tepat jam 11.40 pagi.

Calon pertama yang menghantar borang untuk penamaan itu adalah calon Perikatan Nasional (PN), Norazman Utoh Nain pada jam 9.04 pagi dikuti Mohammad Ramzan dari USNO pada jam 9.11 diikuti calon Madjalis dari PCS.

Shafie pula menghantar borang pencalonannya jam 9.14 pagi.

Shafie pernah berdepan sepupunya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Bagi DUN N.64 Sulabayan pula, pertembungan tiga penjuru direkodkan di situ yang terdiri daripada Warisan, BN, PCS, PPRS dan dua calon bebas.

Calon pertama yang menghantar borang pencalonannya adalah dari PCS, Alahuddin Mohd Sarah tepat jam 9 pagi.

Sementara Abdul Manan Indanan daripada BN menjadi calon kedua yang mengemukakan borang pencalonannya diikuti calon Datuk Jaujan Sambakong dari Warisan pada jam 9.11 pagi.

Sementara itu, bagi kerusi N66, Bugaya, tujuh calon mengemukakan borang pencalonan.

Warisan ditandingi Ketua Wanitanya, Manis Muka Mohd Darah, Daud Tampakong bagi Perikatan Nasional, Ahmad bin Kenajaan (USNO) dan Taraji Jamli dari PPRS.

Dua calon bebas bertanding di DUN ini.

Ketiga-tiga DUN ini berada dalam Parlimen Semporna yang disandang Shafie Apdal sejak 1995. – MalaysiaGazette