BONGAWAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Bongawan berdepan dengan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menariknya apabila tiga daripada calonnya adalah kalangan keluarga terdekat dalam parti politik berlainan iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan), Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Demokratik Liberal (LDP).

Ketiga-tiga mereka pula, Dr Daud Yusuf (Warisan), Awang Syairian Awang Bakar (BN) dan Mohd Azree Abdul Ghani (LDP) akan ementang bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Pertalian persaudaraan mereka bertiga ialah anak saudara dan bapa saudara.

Calon Barisan Nasional, AG Sairin AG Bakar (tengah) bersama Calon Warisan, Dr. Daud Yusof (kiri) dan Calon LDP, Mohd Azree Abd Ghani (kanan) bergambar kenangan bersama ketika hadir pada penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Dewan Sri Bongawan, SMK Sri Bongawan, Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 SEPTEMBER 2020

Dr. Daud berpendapat ia tidak sepatutnya dijadikan isu, sebaliknya mengundi kerana kredibiliti calon-calon yang bertandingi.

“Memang benar ada pertalian keluarga tapi saya minta kempen tidak perlulah bawa hal peribadi, yang penting hala itu,” katanya selepas proses penamaan calon di SMK Seri Bongawan di sini hari ini.

Namun Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar, tidak kisah siapa lawan beliau.

Presiden PCS itu yakin pengundi akan memilih calon yang layak menjadi wakil rakyat mereka.

“Saya ada misi lebih penting untuk rakyat Sabah, demi rakyat Sabah. Saya tidak akan sesekali gentar dengan siapa lawan saya,” katanya.

Reaksi Ceria Calon PCS yang merupakan Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman (kanan) dan Calon Barisan Nasional, AG Sairin AG Bakar (kiri) ketika hadir pada penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Dewan Sri Bongawan, SMK Sri Bongawan, Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 SEPTEMBER 2020

DUN Bogawan mempunyai 16,735 pengundi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Dr Daud memperoleh 6,912 undi menewaskan calon BN, Datuk Mohamad Alamin (6,117 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (627 undi).

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast