Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan beramah mesra bersama penduduk ketika hadir ke program bersama pengundi cina sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampun Ku Sing, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.

TAWAU – Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Calon gabungan itu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah untuk mengadakan PRN adalah tidak tepat kerana pendemik Covid-19 masih ada di negara ini dan kini semakin meningkat.

“Sebenarnya PRN semasa pendemik Covid-19 memang merupakan satu masalah sekiranya kita tidak tangani dengan baik.

“Memang pada awalnya kita tidak bersetuju untuk PRN ini diadakan semasa kita menghadapi Covid-19 tetapi disebabkan oleh seorang pemimpin yang terlalu mementingkan diri sendiri sanggup membahayakan rakyat dan membubarkan DUN,” katanya selepas program ramah mesra bersama pengundi Cina sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Ku Sing, Tawau.

Ulas Nizam, beliau menjangkakan akan berlaku pengurangan jumlah undi pada PRN kali ini.

Ia kerana sikap berhati-hati masyarakat yang ingin menghindarkan diri mereka daripada dijangkiti Covid-19, katanya.

“Saya rasa memang akan beri kesan kepada jumlah pengundi pada hari pengundian sebab itu kita terpaksa mencari jalan bagi memastikan agar pengundi dapat kita keluarkan untuk mengundi dengan beri penerangan yang sebaik mungkin.

“Kalau kita mengundi kita kena ikut SOP yang telah ditetapkan dan kalau kita ikut SOP kita akan dapat mengawal daripada dijangkiti pendemik Covid-19,” katanya lagi.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.67 Balung, Hamild @ Hamid Awang beramah mesra bersama penduduk ketika hadir ke program bersama pengundi cina sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampun Ku Sing, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, calon DUN Balong, Hamild@Hamid Awang berkata rakyat Sabah kini bimbang dengan perkembangan terbaru Covid-19 di negeri ini.

Justeru itu beliau berharap agar para pengundi mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Daerah Tawau ini sudah menjadi zon merah tapi walaubagaimanapun kita cuba patuhi SOP yang diberikan KKM.

“Jadi saya berharap mudah-mudahan semua pengundi kita kalau pada hari pengundian 26 September ini kalau turun beramai-ramai kena ikut SOP,” katanya dalam acara sama.

Ditanya mengenai perkembangan hari ketujuh berkempen, Hamild berkata, keadaan masih sama di kawasan beliau namun pengundi mengambil langkah berhati-hati untuk berada di tempat-tempat awam.

“Saya tengok pada peringkat kita di Balong ini masih macam biasa, tidak ketara sangat tapi dari segi pihak tertentu mungkin mereka agak kurang sedikit datang ke program-program ceramah tapi kita faham kerana ini untuk keselamatan kita semua,” kata Hamild lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata, terdapat 398 kes positif Covid-19 di Tawau, 151 kes positif di Lahad Datu, dan satu kes di Sandakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast