PRN SABAH : Saya Nampak Rakyat Sabah akan Pertahankan Kerajaan Dahulu – Wan Azizah

KOTA KINABALU – Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu rakyat Sabah yang tinggal di luar supaya balik mengundi pada 26 September ini.

Jelasnya, setiap pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertandingan sangat sengit apabila pelbagai parti dan calon merebut satu kerusi.

“Kita mahu tiap-tiap pengundi luar balik sebab banyak sangat penjuru ini mungkin adalah satu ciri-ciri orang Sabah tapi pilihan raya setiap undi.