Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) kini dilebarkan ke Sabah bagi memantapkan perkhidmatan jalur lebar di negeri itu, menerusi pelancaran Gerbang Sabah di Stesen Kabel Dasar Laut Tanjung Aru malam ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan internet kini menjadi utiliti asas setaraf dengan bekalan elektrik dan air yang menjadi kayu pengukur pembangunan dan kemajuan sesuatu kawasan dengan Sabah merupakan penerima terbesar projek tersebut.