MUNICH – Bayern Munich memberi amaran awal kepada pasukan Bundesliga dengan membenam Schalke 04 8-0 menerusi hatrik Serge Gnabry pada perlawanan pembukaan liga itu awal pagi tadi.
Kemenagan terbesar dalam sejarak perlawanan pembukaan Bundesliga itu, Bayern menunjukkan pasukan itu tidak hilang ketajamannya selepas kurang sebulan menjulang Liga Juara-Juara Eropah.
Gnabry menjaringkan gol pertama pasukan tuan rumah empat minit perlawanan bermula yang menyaksikan pasukannya menguasai permainan selepas itu dengan Bayern melebarkan kemenangan kepada 31 perlawanan pada tahun ini, memenangi 21 perlawanan berturut-turut.
Schalke yang tidak menang dalam 17 perlawanan sejak Januari lalu tidak bermaya dengan permainan pantas Bayern dan Leon Goretzka yang diberi banyak ruang melepaskan rembatan kencang melepas penjaga gol, Ralf Faehrmann pada minit ke-19 untuk gol kedua Bayern, lapor Reuters.
“Anda boleh lihat pasukan ini kuah seperti tahun lepas. Pasukan ini masih lagi dahagakan kemenangan walaupun menjuarai tiga piala pada musim lalu dan memulakannya (musim ini) dengan begitu baik,” kata Leroy Sane yang menyertai Bayern dari Manchester City.
Bayern mengakhiri musin lalu dengan menambah kejuaraan liga serta Piala Jerman dan pasukan itu hanya menjalani persedian musim ini dalam tempoh yang singkat.
Penjaring terbanyak musim lalu, Robert Lewandowski menggegarkan jaring menerusi sepakan penaliti pada minit ke-31 untuk membolehkannya menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut terhadap pasukan yang sama Bundesliga.
Gnabry yang menerima hantaran daripada Sane kemudiannya menjaringkan dua gol lagi pada minit ke47 dan 59 sebelum Thomas Muller menjaringkan gol keenam.
Sane yang membuat penampilan sulung bersama Bayern menjaringkan gol hasil serangan balas manakala pemain gantian, Jamal Musiala menjaringkan gol terakhir pasukan tuan rumah bagi membolehkan pemain itu menjadi penjaring termuda Bayern pada usia 17 tahun. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL