White House. foto Agensi

WASHINGTON – Pentadbiran Trump akan mengharamkan WeChat dan TikTok daripada stor-stor aplikasi di Amerika Syarikat bermula malam Ahad ini.

Ini merupakan satu langkah untuk menghalang rakyat Amerika daripada memuat turun platform milik China itu susulan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan nasional.

Pengharaman itu telah diumumkan pada Jumaat bagaimanapun hanya tertakluk kepada muat turun baharu dan kemas kini.

Kementerian Perdagangan China menyatakan tentangan mereka terhadap keputusan itu dan menggesa AS supaya berhenti membuli dan melakukan kesalahan.

“Jika AS meneruskan sikap sedemikian, China akan mengambil langkah perlu bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat-syarikat dari negara kami,” katanya tanpa mengulas lanjut.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast