Luis Suarez

MADRID – Selepas dilanda pelbagai kekangan berkaitan masa depannya di Nou Camp, Luis Suarez akhirnya menarik nafas lega apabila membatalkan kontraknya bersama Barcelona hari ini.

Malah bintang Uruguay itu bertambah ceria walaupun potensi perpindahan ke kelab Juara Serie A Juventus gagal dimeterai seperti dirancang apabila takdir sudah menentukan masa depannya bersama Atletico Madrid dan menerima lamaran serius daripada pesaing La Liga itu.

Ia sekali gus membuka ruang kepada Atletico untuk menunjukkan jalan keluar kepada bekas penyerang Chelsea, Alvaro Morata yang kini akan kembali ke kelab the Old Lady secara pinjaman sepanjang kempen 2020/21.

Pada mulanya Suarez hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus apabila perjanjian dikatakan sudah dipersetujui bersama.

Malah pemain berkenaan juga telah lulus ujian bahasa Itali di Perugia minggu lalu sebagai usaha untuk mendapatkan kerakyatan negara itu.

Malangnya usaha Juventus membawa masuk pemain dari luar Eropah terhalang memandangkan sudah memiliki dua pemain kategori itu iaitu Arthur Melo dan Weston McKennie.

Suarez kemudian menantikan dengan penuh kebimbangan untuk pasport diluluskan pihak berkuasa Itali.

Namun pengurus kelab itu, Andre Pirlo akhirnya menyerah kalah dan menyatakan sukar untuk mengharapkan pembelian Suarez dimuktamadkan sebelum 5 Oktober ini.

“Proses mendapatkan pasport oleh Suarez akan memakan masa yang lama dan saya tidak yakin ia proses yang boleh diselesaikan dengan cepat.

“Maka kami terpaksa melupakan hasrat untuk membawa masuk Suarez,” kata Pirlo.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast