Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti ahli Parlimen yang didakwa telah diperolehinya.

“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengikuti sidang media oleh Presiden PKR dan ahli Parlimen Port Dickson itu yang disiarkan secara langsung di laman sosial.

Sebagaimana diketahui umum, katanya, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja,” kata Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi BN.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson dalam sidang medianya hari ini mendakwa telah memperoleh sokongan majoriti untuk membolehkannya membentuk kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Anwar enggan mendedahkan perincian nama serta jumlah sebenar yang diperoleh sebaliknya menunggu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Jika UMNO BN menyokong Anwar dengan disertai oleh DAP maka bersiaplah UMNO BN untuk ditolak oleh orang Melayu. NO DAP! thats it.

  2. statement nak selamatkan diri dari kes mahkamah…apa punya presiden UMNO boleh buat statement macamni…resign je ler..

  3. Umno seolah olah parti yg tiada pendirian, bila kehendak tidak ditunaikan maka mula beralih arah. Mejoriti umat melayu tk kan sokong umno jika umno bersama dap tumbangkan kerajaan masa kini.
    22 bln ph-dap mentadbir negara menjadi pengajaran buat umat melayu.

  4. Wak Zahid memang tak dok pendirian. Tak boleh jenis pemimpin macam nih. Pasal kes rasuah dia PM tak tolong lepas…nak beralih sokongan. Be gentelmen ler…hadapi berani buat berani tanggung,. fitnah kununnn. DI mahkamah Rabbul Jalil di padang mashyar baru mung tau. Umur dh dekat 70…kalau pelita dah nak padam. kcuali pelita liat 95 taon Allah bg pluang utk tobat.

  5. Kesian abag Non….giler nok jadik PM. Kalau kali ini tak jadik jugak, mohon usahakan keprluan buat check otak di Spital Permai, JB.

Comments are closed.