KUALA LUMPUR – Adakah pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya berjaya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen membentuk kerajaan baharu semalam muslihat untuk sabotaj usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) memulihkan ekonomi.

Malah persoalan timbul adakah usaha PN dalam memulihkan ekonomi ketika kegawatan dan kemelesetan melanda sebenarnya tidak disenangi Anwar?

Itu soalan secara sinis Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

“Pada September tahun lepas, FTSE Russell memutuskan untuk terus kekalkan Bon Malaysia dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

“Akan tetapi perlu diingat Malaysia masih kekal dalam senarai pemerhatian dan berpotensi akan diturunkan penarafannya sekiranya tiada perubahan dasar bagi memperbaiki tahap aksesibiliti pasaran dilakukan kerajaan Malaysia.

“Keputusan sama ada Malaysia akan kekal ataupun disingkirkan daripada Indeks Bon Dunia tahun depan akan dilakukan oleh FTSE Russell hari ini.

“Kerana itu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dengan peruntukan hampir RM7 bilion semalam.

“Jadi timbul persoalan adakah ini satu cubaan sabotaj dari Anwar memandangkan ketika ini kerajaan PN sedang memulihkan ekonomi by all means?,” soal Santhara sinis.

Ahli Parlimen Segamat itu menjelaskan pengumuman pakej rangsangan ekonomi BPN 2.0 semalam diadakan semalam untuk mempengaruhi sentimen pasaran menjelang keputusan FTSE Russell menentukan sama ada untuk mengekalkan bon Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia ataupun tidak hari ini.

“Apa yang dikecapi oleh Anwar berikutan pengumumannya semalam? Adakah dia baru sedar dan selama ini terlena? Pelik juga bila saya fikir semua ini.

“Pengumuman semalam tidak manfaatkan Anwar sedikit pun tetapi telah menjejaskan sentimen pelabur dan pasaran saham kita.

Edmund merujuk kepada indeks KLCI yang jatuh sehingga 0.08% semalam dan juga jumlah kaunter rugi yang lebih daripada kaunter mencatat keuntungan sebagai bukti impak negatif pengumuman Anwar semalam.

“Malaysia berhadapan risiko pengeluaran dana berjumlah sekitar USD6-8 bilion bersamaan RM24-33 bilion jika sekiranya FTSE Rusell mengeluarkan Malaysia daripada Indeks Bon Dunia kerana senario pasarannya yang lemah, Malaysia bakal hilang dana sebanyak RM33 billion.

“Selain itu, kadar yield yang akan naik kerana ini akan meningkatkan kadar pembayaran hutang. Apabila kadar pembayaran hutang meningkat, kerajaan akan mula mengalami kekurangan wang akan melemahkan mata wang negara kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar bakal tubuh kerajaan, tunggu perkenan Agong

Santhara secara sinis juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana berjaya mewujudkan isu serius yang bakal memberi kesan kepada ekonomi Malaysia semata-mata dasar nafsu politik.

“Rakyat harus menilai sendiri siapa yang sebenarnya lebih layak menngemudi kerajaan Malaysia hari ini.

“Anwar yang menggunakan aspirasi menjadi PM untuk menggugat kedudukan Malasyia dalam WGBI atau TS Muhyiddin yang memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk bantu rakyat dan menggerakkan ekonomi.

“Pilihan yang logik semestinya kerajaan yang mengambil tindakan untuk menangani isu ini dengan berhemah bukan,” ujarnya.

FTSE Russell adalah penyedia indeks dunia yang menguruskan pelbagai indeks, data dan analisa untuk memenuhi keperluan pelabur yang terdiri daripada pelbagai kelas aset.

Dengan kepakaran FTSE Russell, segala indeks yang dikeluarkan menjadi panduan di peringkat institusi kewangan, syarikat mahu pun pelabur di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bolehkah Anwar umum sebuah kerajaan telah jatuh?

1 Komen

  1. Saya setuju statement YB Dato Seri Dr Santhara, Ahli Parliment Segamat…jangan timbul provokasi keprihatinan kerajaan yang sedia ada untuk rakyat…rakyat menyenangi TSMY sebagai Perdana Menteri yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong…

Comments are closed.