Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz Malay Peninsular Malays Indians Orang Asli Chinese MRL Malay Reserve Land
Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk membuat pengumuman mengatakan sebuah kerajaan telah jatuh semata-mata kerana beliau yakin telah mendapat cukup sokongan daripada ahli-ahli Parlimen.

Pakar Perlembagaan, Dr. Shamrahayu Ab. Aziz mengingatkan orang ramai di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas membuktikan terdapat peranan Yang di-Pertuan Agong bagi menghadapi situasi seperti ini.

“Dalam suasana politik selepas sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa isu perlembagaan mungkin menjadi persoalan.

“Antaranya, bolehkah seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan media dengan menyatakan satu kerajaan telah jatuh?

“Adalah perlu diingat bahawa terdapat peranan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan ini.

“Sila rujuk Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Bagaimanapun setakat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan malah beberapa jam selepas sidang media Anwar, beliau menyampaikan perutusan khas berhubung pakej bantuan tambahan kepada rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Malah Anwar sendiri tidak menyatakan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. apa nak jadi dengan malaysia ni. Tidak ada kah satu kuasa yang boleh mengawal keadaan seperti ini ? Kenapa keadaan seperti ini terus menerus berlaku?. Kenapa?. Rakyat betul2 stress, bosan dengan perilaku2 segelintir pemimpin2 politik yg gila kuasa.

  2. Anwar gila babi teruk dah… Hari² setiap saat dok angau aku nk jadi PM aku nk jadi PM… Mmg gila sgguh la..
    Tu ja nk kata…

  3. Memang setuju sgt2….memBOSANkan dgn tindak tanduk politician ngara. Gila babi ..Gila kuasa. Negara belum pulih dari covit19, ekonomi baru merangkak balik.
    Ada yang mati celik kempunan njk jadi PM nih…cuma sempat jadi PM tepi saje ler dulu.
    Tapi yang pelik ada rakyat yg sokong…Dungu x boleh diajar, pandai x boleh diikut.

Comments are closed.