Individu bernama Nallu@Nathan yang dikehendaki SPRM dalam siasatan rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes rasuah.

Dalam satu kenyataan hari ini di Putrajaya, SPRM berkata, lelaki itu dikenali sebagai Nallu atau Nathan, berumur dalam lingkungan 30-an.

“Individu berkenaan dipercayai menetap di sekitar Cyberjaya dan Puchong, Selangor,” kata agensi anti rasuah itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat dengan segera.

“Orang ramai yang bermaklumat mengenai individu itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Ahmad Firdaus Hashim di talian 017-552 0525 atau e-mel ke alamat [email protected],’ kata kenyataan itu lagi.-MalaysiaGazette