Sebanyak 20 unit helikopter akan digunakan untuk membawa peti undi dan peralatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, petugas suruhanjaya itu akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau bot sekiranya cuaca tidak mengizinkan bagi penerbangan helikopter.