Anggota polis membuat kawalan di hadapan pintu Istana Negeri Sabah sebagai persediaan sekiranya berlangsung istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah akan berlangsung esok.

Perkara itu disahkan Jabatan Penerangan negeri menerusi jemputan yang dihebahkan kepada media.

“Salam Hormat Rakan-Rakan Media. Untuk Makluman Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri akan berlangsung pada 29 Sept 2020 Jam  10.30pagi di Istana Negeri Sabah,” menurut hebahan itu. 

Kata Jabatan Penerangan yang memaklumkan perkara itu daripada sumber Istana Negeri Sabah.

Pemakluman ini dibuat ketika Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk mempertimbangkan calon Ketua Menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setakat ini yang dua calon dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disebut-sebut bakal menerujui negeri di bawah bayu itu.

Semalam, Bung; Hajiji; Presiden Star, Datuk Jefrey Kitingan dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim mengadap Juhar di Istana Negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast