KUALA LUMPUR –  Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terima anugerah Sijil Audit Bersih Bagi Penyediaan Penyata Kewangan Tahun 2019 dari Jabatan Audit Negara.

Majlis penyerahan sijil itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Datuk Che Isa Che Kob kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, di Pejabat Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Kejayaan lima tahun (2015 hingga 2019) berturut-turut bagi pengauditan penyata kewangan ini telah membuktikan kerjasama jitu dan komitmen semua pihak khususnya Pusat Tanggungjawab UMK yang telah melaksanakan pengurusan kewangan mengikut piawaian perakaunan antarabangsa yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara.

Jika sebelum ini terdapat pemerhatian-pemerhatian yang dinyatakan dalam sijil audit namun pengiktirafan pada tahun ini sangat bermakna kerana pihak UMK telah menerima sijil audit tanpa sebarang teguran.

Semua pemerhatian yang dibangkitkan oleh pihak Audit dapat dijawab dengan baik dan menyakinkan semasa Mesyuarat Exit Conference, oleh Jabatan Audit Negara. – MalaysiaGazette