Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di sebuah rumah yang disewanya di Taman Mahsuri, Jitra, dekat sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, mayat wanita berumur 23 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans itu ditemui rakan serumahnya, terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan lebam di bahagian badan pada kira-kira pukul 9.45 malam.

“.. terdapat kesan biru lebam pada badan wanita itu, dan pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada barang peribadi milik wanita itu yang hilang, malah keadaan dalam rumah juga tidak berselerak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek berumur 22 tahun yang merupakan kenalan wanita berkenaan ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan, dan polis percaya motif kejadian adalah cemburu.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama