Joe Biden. foto Agensi

WASHINGTON – Joe Biden bersedia untuk menyertai debat yang dijadualkan minggu depan dengan Donald Trump sekiranya pakar-pakar kesihatan mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) sihat.

Trump sudah empat hari menjalani rawatan Covid-19 di hospital tentera di luar Washington pada hari Isnin, dengan tahap kesihatan masih belum jelas memandangkan pasukan perubatannya masih menimbang sama ada beliau boleh meninggalkan hospital.

Diagnosis Covid-19 yang dihadapi Trump telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan perdebatan menjelang Pilihan Raya Presiden pada 3 November ini.

Debat bersemuka kali kedua antara Trump dan Biden dijadualkan pada 15 Oktober di Miami, Florida.

“Sekiranya para saintis mengatakan bahawa ia selamat dan jaraknya selamat, maka saya rasa itu baik. Saya akan melakukan apa sahaja yang pakar katakan adalah perkara yang wajar dilakukan,” katanya.

Biden diuji negatif Covid-19 pada hujung minggu, kepada wartawan di Delaware sebelum pergi ke Florida dalam perjalanan kempen.

Meskipun walau dikeluarkan, Trump perlu meneruskan rawatan kerana beliau masih menjalani lima hari ubat antivirus intravena, remdesivir.

Tempoh kuarantin normal bagi sesiapa yang diuji positif novel koronavirus adalah 14 hari.

Trump sering mengalahkan ancaman pandemik yang kini telah menjangkiti 7.4 juta orang AS dan membunuh lebih dari 209,000 orang.

Biden telah mengkritik Trump kerana tidak menganggap masalah kesihatannya serius. – MalaysiaGazette