Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR-  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalani beliau semalam adalah negatif.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, Tengku Zafrul memaklumkan beliau menerima keputusan terbabit pada pagi tadi.

“Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan Covid-19.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan (kuarantin) kendiri.

Semalam beliau turut memberitahu terbabit dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, Tengku Zafrul akan menjalani kuarantin kendiri di rumah termasuk membuat ujian saringan Covid-19.

Beliau akan melakukan tugasan dari rumah dan bermesyuarat secara maya. – MalaysiaGazette