Foto agensi

HAGERSTOWN – Calon Presiden Parti Demokratik, Joe Biden berkata, debat bersama Donald Trump yang dijadualkan minggu depan mungkin tidak boleh diadakan sekiranya Presiden Amerika Syarikat itu masih dijangkiti Covid-19.

Katanya, debat yang bakal berlangsung di Miami itu hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan kesihatan yang ketat dan beliau sekali gus menggelarkan virus yang menjangkiti Trump dan mencipta gelombang wabak di White House sebagai masalah yang sangat serius.

“Sekiranya beliau masih ada Covid-19, kita tidak seharusnya memulakan debat.

“Saya tidak pasti apa yang dibuat oleh Presiden Trump ketika ini.

“Saya tidak tahu apa status beliau. Saya sangat berharap dapat berdebat dengannya tetapi saya berharap semua protokol dipatuhi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan yang dibuat Biden itu, jurucakap kempen Trump, Tim Murtaugh berkata: “Presiden Trump akan sihat dan akan berada di sana.

“Tiada jalan untuk Biden melarikan diri dan pelindung-pelindung beliau dalam media juga tidak boleh lagi melindunginya.”- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast