Reaksi Anwar Ibrahim sebaik keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, Anwar melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mendapat perkenan untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya dalam kenyataan satu muka surat, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu sebelum ini menunggu tarikh baru untuk mengadap Al-Sultan Abdullah berhubung usahanya untuk menubuhkan kerajaan baru.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan agar semua rakyat bertenang dan terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berjalan.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Anwar tidak mengadap Agong hari ini – Setiausaha Politik

Pada 23 September lalu, Anwar dalam sidang media mendakwa mempunyai sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai “dokumen tetap yang tidak boleh diragui” bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kslau anwar jadi PM itu sebahagian tanda negara akan runtuh. Lebih baik KDYMM titah bubar parlimen untuj PRU.

  2. Nak aman damai ini negara kita rumah kita ikut saja cara pemerintahan Islam Piagam Madinah yang dibawa Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Duit tak banyak habis jimat. Berebutrebut jawatan huruhara negara rakyat sengsara derita menjadi mangsa dan sampai bila…….! Tiada kesudahan. Yang kaya bertambah raya, yang miskin melarat papa kedana………

Comments are closed.