Edinson Cavani.

LONDON – Penyerang sensasi, Edinson Cavani yang menyertai Manchester United pada hari terakhir perpindahan Liga Perdana Inggeris terpaksa menjalani kuarantin 14 hari yang menyaksikan aksi pertamanya di Old Trafford tertangguh.

Khidmatnya yang diperlukan untuk perlawanan menentang Newcastle United gara-gara peraturan yang ditetapkan kerajaan United Kingdom apabila mengarahkan setiap individu yang masuk ke negara itu mesti menjalani kuarantin tersebut.

Berita ini memberi tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer yang telah kehilangan khidmat Anthony Martial yang menerima layangan kad merah pada perlawanan menentang Tottenham Hospurs minggu lepas.

Pemain yang digelar El Matador ini juga tidak dapat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan yang lain.

Dia hanya dapat bersama pasukan sebelum perlawanan menentang Paris Sanit-Germain untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Cavani juga tidak berlatih bersama Paris Saint-Germain sejak bulan Mac yang lalu kerana Ligue 1 telah membatalkan semua baki perlawanan akibat penularan Covid-19.

Perlawanan pertama untuk beliau ialah menentang kelab lamanya iaitu Paris Saint-Germain pada 20 Oktober ini.

Perlawanan yang berlangsung di Paris itu akan kembali disertai oleh Anthony Martial memandangkan beliau hanya tidak dapat bermain dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United, Chelsea dan Arsenal.

Cavani yang merupakan pemain kelahiran Uruguay ketikaini  sentiasa memastikan badan dan staminanya berada padai tahap terbaik dan mengikuti program kecergasan semasa dalam kuarantin. – MalaysiaGazette