Siti Nurhaliza hamil anak kedua empat bulan.

KUALA LUMPUR – Figura muzik tersohor Datuk Siti Nurhaliza berjaya membuktikan bahawa album fizikal (CD) masih ada permintaan dalam pasaran apabila CD berjudul ManifestaSITI2020 telah mencapai jualan lebih 5,000 unit.

Pencapaian ini telah melayakkan Siti menerima Anugerah Emas (Gold Award) daripada syarikat Universal Music Sdn. Bhd.

CD ManifestaSITI2020 dijual menerusi SNP On Pay iaitu sistem pemasaran oleh  Affiliate yang diwujudkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.

Album itu masih boleh dilanggani di SNP On Pay termasuk Boxset ManifestaSITI2020yang mempunyai CD ManifestaSITI2020, buku nota, buku jurnal, pelitup muka dan juga pensanitasi tangan.

Mengulas tentang album fizikal yang menerima Anugerah Emas, Siti bersyukur kerana di dalam era digital, album fizikalnya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.

“Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” kata wanita berusia 41 tahun itu.

Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov bulan lalu.

Sementara itu, selain mendapatkan CD ManifestaSITI2020, peminat muzik juga  boleh menikmati album digital di di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

Album ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Dalam pada itu bulan lalu, Siti turut dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov iaitu sebuah syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan dari 9.6 juta ahli mereka dari seluruh dunia.

Sejak melancarkan albumnya yang ke-18 iaitu ManifestaSITI2020’ pada 3 Julai lalu, lagu-lagu baharunya kembali berkumandang di corong-corong radio dan suara merdunya kembali menjadi santapan halwa telinga pendengar.

Album yang memuatkan 11 buah lagu itu termasuk lagu Anta Permana yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Video muzik rasmi Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Siti Nurhaliza berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu.

Turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu 7 Nasihat yang mula diperdengarkan kepada khalayak pada Februari lalu, menyaksikan Siti berganding dengan penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Walaupun ketika itu situasi ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19 sedang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang meresahkan rakyat Malaysia namun tidak menghalang Siti untuk memperkenalkan 7 Nasihat kepada pendengar.

Menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu pula yang diangkat sebagai lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada Julai lalu, sekaliSiti berjaya menambat hati pendengar sehinggakan  lagu itu berjaya tersenarai dalam carta radio dan  carta platform digital sehingga ke hari ini.

Malah video muzik rasmi Aku Bidadari Syurgamu berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu. – MalaysiaGazette