Ahmad Fuad Kenali

KUALA LUMPUR – UMW mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpukan berkuatkuasa 1 November ini.

Beliau menggantikan Badrul Feisal Abdul Rahim yang meninggal dunia pada 31 Mei lalu.

Dengan pelantikan ini, tugas Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW akan berakhir pada 1 November 2020 dan akan kembali memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi – Korporat.

Sebelum ini, Fuaad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast