Ashley Young.

MILAN – Pemain tengah Inter Milan, Ashley Young disahkan positif Covid-19, kata kelab Serie A berkenaan .

“Ashley Young disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian di Appiano Gentile kelmarin.

“Pemain kelahiran Englan ini sudah pun menjalani kuarantin di rumah,” jelas kelabnya dalam satu kenyataan.

Bekas pemain Watford dan Aston Villa itu menyertai Inter dari Manchester United Januari lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi pemain keenam diuji positif di kelab berkenaan selepas Radja Nainggolan dan Roberto Gagliardini, pertahanan, Milan Skriniar, tonggak antarabangsa bawah 21 tahun Itali, Alessandro Bastoni dan penjaga gol, Ionut Radu.

Naib juara Serie A itu akan berdepan seteru tetangga, AC Milan 17 Oktober ini. – MalaysiaGazette