Para petugas sedang bersiap sedia melakukan proses nyahkuman di Kuwait City, Kuwait. foto Xinhua

KAHERAH – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Iran meningkat sebanyak 4,108 kepada 508,389 pada hari Selasa.

Sementara itu, Jordan dan Libya juga mencatat rekod baharu dalam jangkitan koronavirus harian di tengah-tengah lonjakan wabak itu.

Wabak ini setakat ini meragut 29, 070 nyawa di Iran, meningkat 254 orang dalam tempoh 24 jam, kata Sima Sadat Lari, jurucakap Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran.

Sejumlah 411, 840 orang di Iran telah pulih daripada penyakit berjangkit setakat ini, sementara 4,570 yang lain masih berada di unit rawatan intensif, tambahnya.

Jordan pula melaporkan 2,054 kes koronavirus baharu, lonjakan harian tertinggi setakat ini, menjadikan angka kumulatif kes sebanyak 28,127.

Kementerian Kesihatan Jordan melaporkan 18 kematian baharu akibat wabak itu dan 142 lagi pulih, menjadikan jumlah korban bertambah kepada 225 orang dan jumlah mereka yang pulih sebanyak 6,361.

Jordan akan meneruskan perintah berkurung pada hujung minggu yang akan datang.

Menteri Negara bagi Hal Ehwal Media, Ali Al-Ayed memaklumkan perintah berkurung selama 48 jam akan bermula pada hari Jumaat pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Di Libya, Pusat Kawalan Penyakit Nasional Libya mengesahkan 1,164 kes Covid-19 baharu dilaporkan, kenaikan harian tertinggi di negara ini setakat ini, dengan jumlah jangkitan kepada 44,985.

Pusat itu memaklumkan sebanyak 541 pesakit pulih sementara 12 yang lain meninggal dunia – menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan menjadi 25,007 dan jumlah kematian 656 orang.

Iraq melaporkan 3,921 kes Covid-19 baru, menjadikan jangkitan di seluruh negara menjadi 409, 358, sementara jumlah kematian meningkat 58 kepada 9,970.

Kementerian Kesihatan Iraq memaklumkan seramai 4,158 orang pesakit pulih, menjadikan jumlah kumulatif pulih kepada 344,208.

Sementara itu, Turki melaporkan 1.632 kes Covid-19 baharu dan 63 kematian lagi pada hari Selasa, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 338,779 dan jumlah kematian menjadi 8,957.

Sebanyak 1,314 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam.

Israel pula mengesahkan sebanyak 2, 621 kes koronavirus baharu dan 34 kematian lagi, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 296,652 dan jumlah kematian 2,055.

Sebanyak 3,185 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh tersebut di Maghribi dengan 49 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 156,946 kes dan kematian 2,685.

Manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan 1,315 kes positif koronavirus dengan dua lagi kematian, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini menjadi 108,608 dan jumlah kematian sebanyak 448.

Di Lubnan, jumlah kes Covid-19 meningkat pada hari Selasa sebanyak 1,245 menjadi 55,869 kes sementara jumlah kematian meningkat sebanyak 13 kepada 479.

Kementerian Kesihatan Qatar pula melaporkan 214 lagi kes menjadi jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 128,405 manakala di Kuwait pula 844 kes Covid-19 baharu dan lapan kematian lagi dicatatkan, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 112,737 dan jumlah kematian menjadi 672 orang.

Manakala jumlah keseluruhan jangkitan di Oman bertambah kepada 107,213 apabila kes bertambah 335 dalam tempoh 24 jam.

Di Palestin pula sebanyak 516 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes sebanyak 56,467. – MalaysiaGazette