ISTANBUL – Pelbagai negara menyeru rakyat mereka meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah, lapor Agensi Anadolu.

Kedutaan Arab Saudi di Beirut pada Sabtu menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan “meninggalkan wilayah itu dengan segera” dan menekankan keperluan untuk terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menteri Luar Australia, Penny Wong menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.

Kementerian Luar Belanda turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang sama di platform X.

Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan dan United Kingdom juga meminta rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin.

Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada di dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin “memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu.” – Bernama-Anadolu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast