Ketua Bahagian Bersatu Seputeh, Mohd Badrul Ezan

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya Bersatu, UMNO dan Pas untuk duduk semeja dan memuktamadkan perikatan di antara ketiga-tiga parti Melayu Islam itu secara bertulis.

Menurut Ketua Bahagian Bersatu Seputeh, Mohd Badrul Ezan, walaupun UMNO merasakan perjanjian bertulis ini satu keperluan, namun ia merupakan satu kelebihan kepada Bersatu serta umat Melayu secara keseluruhannya.

“Di sini, kita semua akan nampak secara jelas arah tuju perjuangan parti-parti dan persefahaman serta perjanjian di antara parti-parti terbesar umat Melayu di Malaysia ini.

“Di sini, rakyat boleh menilai sendiri kejujuran parti-parti yang mendakwa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Bila semuanya telah termaktub, maka semestinya perbalahan serta pertikaian dan penafsiran sesuka hati tidak lagi terjadi dan perpaduan Melayu benar-benar berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Dalam pada itu, Mohd Badrul berharap rundingan antara ketiga-tiga parti Melayu akan dapat mencapai agenda bersama demi kepentingan orang Melayu dan Islam tanpa bersengkongkol dengan Pakatan Harapan (PH).

“Semoga kali ini, UMNO akan betul-betul duduk demi perpaduan Melayu dan tidak hanya bermain wayang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pada pandangan aku bagus jugak umno tarik balik sokongan sbb ppbm semua nak mkn sorang. Kerusi sikit tp ego dan kuasa nak lebih. Mcm tu ke nak tlg melayu. Klu muafakat kena bagi sama adil lah dlm kerajaan. Semua ahli politik nak jawatan. Xda yg masuk politik untuk suka suka. Fikir fikirlah wahai bangsa melayu.

  2. Kita tunggu pru15 samaada umno masih hidup atau ditelan laut cina selatan kerana rata2 rakyat bukan ahli umno sudah mulai marah kepada pemimpin yang cuba meruntuhkan kepimpinan melayu/Islam yg selama ini dilaungkan oleh pemimpin umno sendiri.
    Kita tunggu dan lihat…

  3. PPBM ni umpama zionis yg sering memprovokasi islam di belakang ttpi berpura2 suci di hadapan sbb mereka mnguasai media jadi apabila islam cuba melawan, mereka tuduh islam itu pengganas..Begitu juga ppbm, mmbuli UMNO di belakang ttpi berpura2 suci di depan dn apabila UMNO melawan, yg digmbarkn oleh jentera2 media mereka bhw UMNO hnya pntingkn kuasa, sdgkn realitinya kalau kita berfikir dgn cerdik dn perhatikn komposisi pmbahagiaan kuasa dlm kjaan pn yg benar2 gilakn kuasa ialah ppbm…Terbaru lihatlh di sabah smpaikn tiada 1 kerusi pn diserahkn kpa PAS…Kalau ppbm nk mnjayakn pn, mereka kena muhasabah dan sdr diri saiz bdn mereka dn barulh keadilan dpt diwujudkn dn dgn sndirinya pn boleh bertahan lama…Itu ASAS yg paling basic dlm perkongsian..

Comments are closed.