KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik sebanyak satu sen seliter  kepada RM1.98 seliter dan RM1.68 seliter
Harga runcit diesel naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.69 seliter kepada RM1.74 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, harga baharu itu bagi tempoh 17 Oktober hingga 23 Oktober.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette