KUALA LUMPUR – Jaya Grocer Mutiara Tropicana menutup operasinya selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19 semalam.
Kakitangan itu telah menjalani kuarantin sejak 6 Oktober lalu kerana dia tinggal di asrama Tropicana Golf Club.
Namun tiada kakitangan lain yang tinggal di asrama tersebut.
”Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan menutup Jaya Grocer Mutiara Tropicana 18 Oktober 2020 untuk menjalankan ujian saringan ke atas semua kakitangan Jaya Grocer di cawangan ini.
“Cawangan ini akan ditutup sehingga semua keputusan ujian dikeluarkan. Sementara itu, proses pembersihan dan sanitasi akan dijalankan,” katanya di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast