KUALA LUMPUR – Lebih sebulan lalu Lembah Klang dikejutkan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual hingga empat hari dan hari ini insiden sama berulang.
Ia kerana Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas sekali lagi.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tindakan itu berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat, Elina Baseri berkata, pihaknya telah melakukan proses pencairan bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor.
“Tindakan segara telah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari,” katanya dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.
Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.
“Sehingga jam 6.30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON,” katanya.
Susulan henti tugas keempat-empat LRA terbabit, gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
“Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80 peratus.
“Namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama, maka pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan pada 18 Oktober 2020,” katanya.
Jelasnya, Air Selangor turut menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
“Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300,” katanya.
Katanya lagi, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes baharu Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
“Kami akan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.
“Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram,
aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Bala bertimpa-timpa melanda negeri Pakatan Hancing!
Saman je syarikat bodoh ni…dah lh bil tggil, air tak bkualiti..diskaun pun tak ada..byng in 1 minngi rm200 lbh bil, apa ni…mmg dasar ph bodoh lh..klu tak mmpu nk urus aie ltak jwatan n bg kpd org bolh urus…lembap..bodoh..ph dap kafir harbi.