TEL AVIV – Penerbangan penumpang komersial pertama milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendarat di Israel pagi Isnin, kira-kira sebulan selepas kedua-dua negara menandatangani perjanjian hubungan.
Penerbangan Etihad Airways itu mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion.
Beberapa jam kemudian, pesawat Boeing 787 Dreamliner itu berangkat menuju ke Abu Dhabi, kata pihak berkuasa lapangan terbang Israel dalam satu kenyataan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Etihad memaklumkan, ia membawa delegasi pengembaraan dan pelancongan Israel ke UAE.
Syarikat penerbangan itu memberitahu, Etihad akan mengendalikan penerbangan penumpang antara UAE dan Israel dan telah melancarkan laman web berbahasa Ibrani untuk tempahan penerbangan.
Kedua-dua negara merancang untuk menandatangani perjanjian secara rasmi pada hari Selasa, yang mana 28 penerbangan komersial antara Tel Aviv dan Abu Dhabi atau Dubai dapat dilakukan setiap minggu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian pengangkutan Israel.
Perjanjian itu juga membenarkan jumlah penerbangan sewa khas ke Lapangan Terbang Ramon yang lebih kecil di luar bandar peranginan selatan Israel, Eilat dan 10 penerbangan kargo. – MalaysiaGazette