Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengambil maklum mengenai artikel di laman web Code Blue yang bertajuk “Keadilan Untuk Barisan Hadapan, Elaun Covid-19 Belum Dibayar Sejak Julai – Petugas Hospital Kajang” bertarikh 16 Oktober 2020.

Sepertimana sedia maklum bahawa Bayaran Elaun Khas Kepada Doktor Dan Anggota Kesihatan Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19 ini diberikan kepada pegawai perubatan dan kakitangan perubatan lain yang secara langsung terdedahkepada risiko koronavirus sejajar dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Bil 2 Tahun 2020, bertarikh 16 Mac 2020: Bayaran Elaun Khas Kepada Doktor Dan Anggota Kesihatan Dalam Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, bagi membendung penularan dan menyediakan penjagaan pesakit dengan lebih teratur dan mantap, hospital-hospital terbabit seluruh Malaysia telah di kategorikan kepada Hospital Full Covid-19, Hospital Hybrid Covid-19 dan Hospital Saringan (Screening Hospital).

Artikel berkaitan: https://codeblue.galencentre.org/2020/10/16/keadilan-untuk-barisan-hadapan-elaun-covid-19-belum-dibayar-sejak-julai-petugas-hospital-kajang/

Hospital Kajang adalah termasuk dalam kategori Hospital Saringan iaitu yang menyediakan perkhidmatan kaunter saringan dan khidmat nasihat. Sekiranya terdapat kes positif, pelanggan tersebut akan dirujuk serta merta ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Bagi tujuan tersebut diatas, Hospital Kajang telah mewujudkan Kabin Khas Saringan Covid-19 (Special Covid Screening Cabin) pada bulan Mac 2020 dan Wad 6khas untuk kes kes suspected Severe Acute Respiratory Illness (SARI). Dalam tempoh tersebut pegawai perubatan ataupun kakitangan perubatan yang terlibat akan dibayar elaun di atas.

Walau bagaimanapun bermula dari bulan Jun terdapat penurunan kes baru Covid-19 yang tercatat diseluruh Negara dan infografik Taburan Kes Covid-19 dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Daerah Hulu Langat (Mukim Kajang) berada dalam Zon HijauHospital Kajang juga mengambil pendekatan menangguhkan operasi Wad 6 untuk kes SARI, penutupan Kabin Khas Saringan Covid-19 pada penghujung bulan Jun 2020 memandangkan tiada kes positif di Hospital Kajang sejak Mei 2020.

Oleh yang demikian bermula dari bulan Julai 2020, pegawai yang hanya memenuhi kriteriasepertimana yang dinyatakan Surat Pekeliling bertarikh 21 April 2020: “Penambahbaikan Dalam Pemberian Elaun Khas Kepada Doktor Dan Anggota Kesihatan Yang Terlibat Secara Langsung Dalam Usaha Menangani Dan Membendung Penularan Wabak Covid-19’ layak dibayar elaun ini.

Untuk makluman jua pegawai pegawai yang terlibat secara langsung seperti pegawai perubatan atau anggota kesihatan yang dimobilisasikan ke kawasan Zon Merah, pegawai forensik masih lagi dibayar elaun di atas sehingga kini. Oleh itu dakwaan yang dilontarkan oleh pengadu adalah tidak berasas.

Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman
Pengarah Keseihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast