Stadium Old Trafford

LONDON – Manchester United bersiap sedia menerima penyokong di Old Trafford selepas kerajaan meluluskan pembukaan semula stadium.

Rancangan awal untuk menerima penyokong menyaksikan perlawanan Liga Perdana Onggeris pada bulan ini ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di United Kingdom.

Ketua Pegawai Operasi Manchester United, Collette Roche berkata, kelab itu telahmenyediakan pelan awal untuk memastikan Old Trafford selamat kepada penonton apabila mereka dibenarkan memasuki stadium.

“Kita sangat kecewa apabila kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan penyokong kembali ke stadium pada Oktober ini sedangkan segala persiapan sudah dibuat seperti yang diarahkan oleh kerajaan UK bagi memastikan kami dapat menguruskan perlawanan dan penonton supaya selamat tanpa risiko jangkitan.

“Kita sudah mempunyai segala garis panduan keselamatan Covid-19 dan cuba tunggu masa untuk melaksanakan.

“Kami telah menghabiskan masa dua bulan bekerjasama dengan garis panduan kerajaan untuk membangunkan langkah pencegahan yang betul untuk memastikan kita boleh menerima 23,500 penonton dalam stadium dengan pelaksanaan penjarakan sosial sepanjang perlawanan bola sepak berlangsung,” katanya.

Sambil menekankan kesihatan awam menjadi keutamaan kelab itu, Roche menambah, adalah tidak adil untuk peminat bola sepak dilayan sebegitu berbanding sekumpulan masyarakat lain.

“Rasa pelik bagaimana orang ramai dibenarkan berkumpul atau berhimpun di restoran atau pangung wayang dalam keadaan bersesak sedangkan kita pemain industri bola sepak sudah bersedia dengan pelan penganjuran bola sepak yang lebih selamat dalam stadium.

“Kami juga perlu mengubah semula pelan persiapan menerima pengunjung khasnya waktu ketibaan penonton dan pemeriksaan suhu badan sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam stadium sekaligus mengurangkan risiko jangkitan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast